Twitter
RSS

Baca buku

0
Salam...
Arini hari membaca dan mengadap buku jer. Alkisahnya esok ada interview di pejabat agama islam. Maklumler dah lama meninggalkan buku-buku tajwid dan bahasa arab nih. So kene la refresh balik segala yang patut. Dah kol 4 petang, arini xder saper kat umah. Ma, dgn adam ikut abah tgok pusat tuisyen, adik keluar dgn kwn-kwn dia (nak refresh gak ler tu, baru abis SPM), aberi kuar. Abang pun xder pegi anta barang kat kg gajah, pastu pegi jumper kawan dia. Bosannyer bacer buku sorang2, tapi ada baby dok temankan(dalam perut).

Dah kol 4, perut dah lapar ni. Sian baby. Baby suka tendang kuat-kuat bila dia lapar. Tadi pagi breakfast makan nasi goreng dgn air horlicks jer. Ok la, nak sambung baca buku semula. Daa...salam.


Sincerely;

-: Lily :-

"Berkawan biar beribu, bermusuh jgn langsung"

0
Hurm...
Apa topik arini? aku pun tak faham kenapa. Tak faham dengan sikap sesetengah orang nih. Berkawan ni memang bagus. Orang kata "berkawan biar beribu, bermusuh jangan langsung". Sekali pun jangan nak bermusuh. Kan? Nak berkawan pun, biar betul caranya kan. Ni tidak, time senang buat xkenal jer, bila dah susah sibuk nak mesej2 mintak tolong itu ini. Selagi xreply , msg la smpi tgh malam. XRETI KER YG KORANG TU SANGAT MENGGANGGU PRIVACY ORANG DAN SEDIKIT MENJENGKELKAN(byk sebenarnya)? Nape lak xmintak tolong kat kawan2 time senang dulu? Buat tak tau jer kalau ada orang camni. Aku senang jer, orang baik kita baik, orang buat xbaik, sukati die ler.

Lagi satu ader lak yang jenis orang yg xberapa nak rasa segan. Kalau dah awak tu POMPUAN, buatper nak cerita hal suami sendiri kat kawan yang xsama jantina? Kalau ada masalah sekali pun ada orang yang lebih layak dan sepatutnya untuk diceritakan masalah tu. Pegi ler cerita kat mak ayah korang ker, pakar kaunseling ker kan lagi sesuai tuh. Ni gagah la pegi cerita kat orang lain. Tak berjaga la maruah suami tu. Tak faham aku. Penat2 jer ustaz kat kursus kawen tu ceramah macam2.

K la, ni jer nak update untuk arini. Bosan dengan sikap yang pelik ni.





Sincerely;

-: Lily :-

Hobi terbaru

0
Salam semua...
Nak update sikit untuk arini. Skrg ni aku dengan suami dah ada hobi yang terbaru selain dari pet kami. Jigsaw Puzzle, itula hobi terbaru kami. Berpunca dari anak buah yang mulut dia macam bertih jagung si adam tu. Beberapa hari yang lepas opah dia belikan dia set chicky meal yang ada puzzle tu. Slalunya adam makan happy meal, kali ni mintak chicky meal plak, pelik nih . Adam pun dok sibuk suruh mak lang ,pak lang dia dan juga pak sunya untuk menyiapkan jigsaw puzzle tuh. Kami pun siapkan la, buat sikit-sikit, lama2 siapla gambar tu.....adam sgt excited tgok gambar yang dah siap tu.

Pikir-pikir balik best juga susun puzzle ni, teringat zaman kecik-kecik dulu slalu buat. Jigsaw puzzle ni mencabar gak, sebab kita kena ingat semua imej yang ada untuk disusun supaya jadi gambar yang betul. Arini aku dgn suami telah pergi mencari puzzle lain untuk dibuat....hurm, pusing satu jusco kinta city tapi tak jumpa pun yang cantik dan sesuai. Banyaknya gambar anime an apa lg kartun tah. Lastly pergi ipoh parade baru jumpa satu gambar yang cantik. Gambar pemandangan. Sekarang ni dah pukul 12:51, suami tgh busy lagi susun puzzle...aku minta suami siapkan puzzle tu sempena hari lahir aku (thanks abang) . Ok la....sampai sini dulu, nak sambung susun puzzle ni. Salam.

nota kaki
mak lang ,pak lang = aku dan suami(panggilan dari anak buah keluarga suami)
opah = mak mertua




Sincerely;

-: Lily :-

DUIT DUIT DUIT

0
Salam...
ni aper citer lak tetiba cakap pasal duit ni erk? Nak share some story sikit pasal budaya orang melayu nih. Rata-rata kalau tengok, orang melayu kita ni payah sikit nak membuat tabungan kewangan atau simpanan tetap(fd-fix deposit) untuk masa depan. Rasa payah sangat agaknya nak simpan duit tiap2 bulan tanpa sebab-sebab yang nyata.

Yang peliknya...kita ni tak kisahpun kalau tiap-tiap bulan berhabis duit pergi shopping. Tiba jer 25 aribulan sesaklah bank, mesin atm, jalan raya, pusat membeli-belah dan yang sewaktu dengannya (Aku pun dulu ape kurangnyer, lebih kurang camtu ler jugak perangai). Bila dapat gaji, rasa cam dunia ini ana yang punya(konon byk sgt ler duit tuh). Padahal banyak lagi utang-piutang yang xberbayar, rumah, bil utiliti, tak termasuk kecemasan yang lain2, kete rosak tetiba ke, sakit ker...memang tak pikir. Nak makan sedap-sedap jer, kire kalau ujung bulan tu muke memang lekat la kat secret recipe ngan kenny rogers tu. Masuk tengah bulan..ape lagi , ter'garu2la kepala yg walaupun hakikatnya tak gatal pun.

Bila dah berkeluarga ni...baru la sedar value duit tu yang sebenarnya. Bukan arini jer nak guna duit, bukan esok lusa jer...lama lagi masa nak guna duit, untuk anak-anak, diri sendiri, mak ayah keluarga. Kita boleh rancang harini, esok...tapi boleh ke tentukan yang akan berlaku tu sama dengan perancangan kita yang merupakan rancangan jangka pendek tu?

Aku pun baru-baru ni jer dah blaja saving utk masa depan, maklumla expend utk 10 tahun akan datang bukan sama dgn arini. Rata2 budak- sekarang kalau pergi sekolah duit belanja RM5, RM10 tak sama macam kita dulu, cuba lak bayangkan untuk 10 tahun akan datang zaman anak-2 kita nak blaja, nak masuk U. Larat ke nak berhutang sana-sini? Tak daya rasanya.

Aku beli insurans dan takaful dengan etiqa takaful kumpulan maybank..ala bukannya banyak pun. Kalau korang boleh simpan minima RM100/bulan pun dah ok. Tolak la sikit duit shopping ngan makan sedap-sedap tu. Kalau slalu mkn sedap2 sebulan 4x, tukar jadi 2x. Kalau sebulan beli 4 pasang baju, kurangkan jadi 2 pasang. Kan ok? Menabung utk masa depan...payah sikit jer araini, berbanding payah di masa depan. Kan? kan? kan?

Apa yg aku cakap ni untuk semua orang, tak kira la bujang ke, yg baru kawen ke, yang dh berkahwin dan ada ank-anak ke...utk semua orang. Pendek kata, sape nak tolong diri kita klau bukan diri sendiri. Dan aku sekarang telah pun sah menjadi agen etiqa takaful yang berdaftar, niat utk bantu diri sendiri dan masyarakat terutama bangsa melayu sendiri. Jadi sesiapa yang berminat untuk membeli insurans dan takaful etiqa...silalah contact aku. LILY@0125848845 Utk keterangan lanjut sila tinggalkan no telefon yg boleh dihubungi, aku akan contact korang.

Salam dan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban. Semoga Ibadah kita diberkati Allah.
Continue posting here....





Sincerely;

-: Lily :-

Menghitung hari

0
Salam semua.... Skrg tiap-tiap ari sibuk kira hari, bilang hari, hitung hari dan segala yang berkaitan dengannya. Arini dan seterusnya akan menjadi hari2 yang mendebarkan. Pengalaman pertama nak jadi ibu. Xlawan nervous time amik SPM dulu2. Camnila agaknyer mak-mak kita dulu rasa kan. Yelah, babey dah 33 minggu. Xlamer jer tuh nak sampai harinyer. Skrg my babey makin aktif. Sangat aktif bermain dalam perut mama dia....he3. Isk2....babey nih, dalam perut pun boleh main.
Morning sickness pun dah agak kurang skrg, walaupun tekak ni selalu jer rasa loya. Dok imaginekan rase seronok bila ada zuriat sendiri nanti....tahankan ajer, loya ker ape ker. Jalan pun xleh nak laju2 lg cam dulu2. Perut pun slalu rasa xselesa...susah nak lena tdo malam. Kadang2 tdo pun dalam duduk, sebab xleh nak baring. Solat pun kena duduk. Tapi kata orang....sakit tu semua pahala.
Camnila rasanyer nak jadi ibu, excited, happy, takut, nervous...segala macam ada. 1001 rasa. Camner la agaknyer bila dah ada babey nnt. Tanggungjawab makin berat tu. Kalau skrg jaga suami jer, makan pakai and all sort of thing. Bila ada babey dah x2 tanggungjawab tu. Mana nak keje, mana nak jaga umah, mana nak jaga diri sendiri lak. Tu yg pentingnyer...sebab kalau xjaga diri sendiri, camner nak jaga orang lain??? Betul x? Sape sokong? Jadi dari sinilah kita lg banyak belajar erti kehidupan....hidup bukan untuk diri sendiri je.
Ok, berikut gambar2 yang xbrape nak latest...tapi kira latest gak la. He2.


Ni gambar waktu jamuan kelas 4 Iman, xpasal2 ustzh pun kena wat peace gak. Peace!!!

SALAM DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.







Sincerely;

-: Lily :-

TRIBUTE FOR POTEH

0









Sincerely;

-: Lily :-

Cerita 1 Sept 2009

0
Harini 1st day keje kat Sek Alamaniah Taibiah sebagai Guru Kafa. Husband anta ke sekolah. Masuk keje kol 2.45 ptg. Berdebar-debar ati nih...cewah. Mengade lak erk, macam xbiasa. Tapi yerla setelah secara rasminya berhenti keje 5 bulan lepas adala debar-debar sket ati nih. He3.
Guess what..1st day kat school, baby got excited, kicking non stop smpi waktu balik kol 5(bulan puasa jer erk, normal kol 5.45 baru leh balik). Baby seronok pg school dgn mama kan? He2. Nnt bila dah besar , rajin2 ke sekolah ye sayang. Jadi anak yang baik.
Hari pertama yang sgt tenang dan indah...dalam kelas 4 Imam ni ramai gak, ada 33 orang. Harini berta'aruf dgn diorang since aktiviti pembelajaran dalam bulan puasa ni ditukar dengan tadarus Al-Qur'an.Satu hari baca 5 page.
Ok...smpi sini jer utk arini, xsabar nak pg school dgn babey esok!

Sincerely;

-: Lily :-

"MEMOIRS"

0






"Allah.....rahmati ikatan suci kami hingga penghujung kehidupan kami. Bimbinglah kami di atas siratmu. Kurniakan kami nur'ain pengikat kasih sayang kami yang luhur, buat penyejuk hati dan mata, menjadi pewaris dari benih kami. Kukuhlah kasih sayang kami sebagaimana Kau teguhkan kasih antara
Muhammad dan Siti Khadijah, Yusuf dan Zulaikha serta Adam dan Hawa.
Berikan kami kesabaran, ketabahan setra keimanan dalam melayari bahtera suci ini. Temukan kami di SyurgaMu."
Syukur kepada Tuhan dan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga yang menyokong dan membantu sebelum, sepanjang majlis, dan selepas majlis persandingan kami. Budi dan bantuan kalian kami hargai . Buat rakan-rakan yang sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami terima kasih diucapkan. Doakan kebahagiaan dan keberkatan sepanjang hidup kami.




Sincerely;

-: Lily :-

Mukaddimah

0
Assalamualaikum

Selamat Datang ke blog saya. Nama saya Nor Liliyana, 23 tahun. Just call me "lily". Blog ini ditulis bagi mencari kembali semua kenalan lama dari sekolah rendah, menengah dan untuk mengenali kenalan baru selain untuk berkongsi minat dan hobi dengan anda. Diwaktu lapang minat saya adalah membuat "handycraft" seperti pot pouri, bekas tisu, kad kreatif dan sebagainya. Sesiapa yang mempunyai minat dan hobi yang sama , anda dialu-alukan untuk berkongsi pandangan dan pendapat.

Selain itu minat saya adalah pada makhluk Tuhan yang sangat kiut miut, iaitu "kucing". Saya telah mula memelihara kucing sejak kecil yang mana minat ini mula dipupuk oleh ibu saya pada kucing saya yang bernama "TUAH". Tuah telah mati pada usia 15 tahun ketika saya belajar di sekolah menengah. Kemudian saya terus memelihara anaknya yang bernama "PUTIH". Setelah berkahwin minat ini mula dikongsi bersama suami saya. Kini saya telah mempunyai 6 ekor kucing. Poteh, Steak, Echo, Tuah Junior, Stokin dan Kadot. Steak telah mati pada 10 Jun 2009 jam 10.00 pagi akibat kecederaan pada perutnya. Memelihara kucing menjadikan saya lebih bertanggungjawab pada makhluk ciptaan Tuhan di muka bumi ini. Memeliharanya juga membuatkan saya lebih gembira dan rumah kami semakin meriah.

Saya juga gemar pergi bercuti dan berjalan-jalan diwaktu lapang. Selain menikmati keindahan alam, saya juga dapat mengetahui sedikit sebanyak sejarah tempat yang saya lawati. Setakat ini negeri yang telah saya jelajahi seluruh Malaysia ialah Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor , Pahang, Seremban, Melaka , Putrajaya dan negeri kelahiran saya Perak. Mungkin tidak diketahui ramai sebenarnya terdapat begitu banyak tempat-tempat menarik di dalam negeri ini.

Contohnya :-
  • Sabah - Gunung Kinabalu, Pantai Teluk Karambunai, Labuan, Pasar Filipin, Ostrich Farm, Poring Hot Spring, Tamu(Pasar mingguan yang menjual aneka barang kraftangan) and more.
  • Sarawak - Gua Niah, Crocodile Farm, Muzium Petroleum-The Grand Old Lady, Chinese Garden and more.
  • Terengganu - Masjid Kristal Pulau Wan Man, Pasar Payang.
  • Kelantan - Pasar Siti Khadijah
  • Perlis - Jeti Kuala Perlis- Sunset View, Muzium Kota Kayang, Kedai Laksa Kaksu.
  • Pahang - Tanjung Lumpur, Kuantan- makan seafood.
  • Perak - Menara Condong, Air terjun Kuala Woh - Lata Iskandar-Lata Kinjang-Lata Kekabu, Kuala Gula - Bird Sanctuary, Kuala Sepetang, Lost World of Tambun.
  • Kuala Lumpur - KLCC, KL Tower, Masjid Wilayah, Zoo Negara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tema Air Sunway Lagoon, Wet World, Bukit Bintang, Sungei Wang, Low Yat Plaza, Isetan, Starhill Gallery, Berjaya Times Square KL and more.
Saya berharap agar dapat menjelajahi lebih banyak tempat menarik di negara kita juga tempat tempat menarik di luar negara untuk lebih mengenali dan mempelajari budaya masyarakat luar. Setakat ini tulisan saya buat kali ini. Selamat Membaca dan Salam Perkenalan buat anda semua.

Assalamualaikum.


Sincerely;

-: Lily :-