Twitter
RSS

Lebih baik diam dan dunia terus berputar.

0
Apabila berdepan dengan seseorang yang suka mengkritik...apa yang dilakukan?? lebih baik diam?? menangkis kata-katanya atau apa?? berbeza juga setiap manusia tentang perwatakannya, cara percakapannya atau pembawakannya. Tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang dan kita sampai saat mana pun tidak akan mampu memuaskan hati semua orang dengan apa yang dimahukannya. kerana dalam hati setiap manusia itu ada nafsu yang tidak boleh dibunuh. Bila berhadapan dengan org yang suka mengkritik..merendah-rendahkan oarang lain, atau suka membezakan kita...bukanlah terlalu penting apa yang dikatakannya, tetapi bagaimana kita menerimanya. bagaimana ia memberi kesan dalam kehidupan kita. dan jangan sesekali dibiarkan orang lain mempengaruhi diri kita. kerana setiap manusia itu berhak atas kehidupannya sendiri. Jadi bermulalah dengan menghormati orang lain dan anda akan dihormati.

Sincerely;-: Lily :-

apa yang menggembirakan???

0
Gembira. Apakah definisi gembira? tiada yang spesifikasi tentangnya. Sesetengah orang menganggap wang boleh menggembirakan, wang boleh membeli kebahagiaan..sesetwngah pula menganggap kegembiraan itu hanya bila berada bersama orang yang tersayang disisi mereka. Ada pula yang berkata aku hanya gembira bila mendapat sepasang kasut berjenama idamanku...atau sebuah kereta ferrari idaman hati..aku sudah tidak memerlukan perkara lain. Definisinya berbeza bagi setiap orang bergantung pada apa yang dilakukannya...bagaimana ia menjalani hidupnya dan siapa yang berada disisinya. Bagi aku...wang itu perlu dan kasih sayang itu penting. Tiada manusia yang hidup tanpa ada perasaan yang hidup dalam hatinya.

Sincerely;-: Lily :-