Twitter
RSS
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Menghitung hari

0
Salam semua.... Skrg tiap-tiap ari sibuk kira hari, bilang hari, hitung hari dan segala yang berkaitan dengannya. Arini dan seterusnya akan menjadi hari2 yang mendebarkan. Pengalaman pertama nak jadi ibu. Xlawan nervous time amik SPM dulu2. Camnila agaknyer mak-mak kita dulu rasa kan. Yelah, babey dah 33 minggu. Xlamer jer tuh nak sampai harinyer. Skrg my babey makin aktif. Sangat aktif bermain dalam perut mama dia....he3. Isk2....babey nih, dalam perut pun boleh main.
Morning sickness pun dah agak kurang skrg, walaupun tekak ni selalu jer rasa loya. Dok imaginekan rase seronok bila ada zuriat sendiri nanti....tahankan ajer, loya ker ape ker. Jalan pun xleh nak laju2 lg cam dulu2. Perut pun slalu rasa xselesa...susah nak lena tdo malam. Kadang2 tdo pun dalam duduk, sebab xleh nak baring. Solat pun kena duduk. Tapi kata orang....sakit tu semua pahala.
Camnila rasanyer nak jadi ibu, excited, happy, takut, nervous...segala macam ada. 1001 rasa. Camner la agaknyer bila dah ada babey nnt. Tanggungjawab makin berat tu. Kalau skrg jaga suami jer, makan pakai and all sort of thing. Bila ada babey dah x2 tanggungjawab tu. Mana nak keje, mana nak jaga umah, mana nak jaga diri sendiri lak. Tu yg pentingnyer...sebab kalau xjaga diri sendiri, camner nak jaga orang lain??? Betul x? Sape sokong? Jadi dari sinilah kita lg banyak belajar erti kehidupan....hidup bukan untuk diri sendiri je.
Ok, berikut gambar2 yang xbrape nak latest...tapi kira latest gak la. He2.


Ni gambar waktu jamuan kelas 4 Iman, xpasal2 ustzh pun kena wat peace gak. Peace!!!

SALAM DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.







Sincerely;

-: Lily :-

Cerita 1 Sept 2009

0
Harini 1st day keje kat Sek Alamaniah Taibiah sebagai Guru Kafa. Husband anta ke sekolah. Masuk keje kol 2.45 ptg. Berdebar-debar ati nih...cewah. Mengade lak erk, macam xbiasa. Tapi yerla setelah secara rasminya berhenti keje 5 bulan lepas adala debar-debar sket ati nih. He3.
Guess what..1st day kat school, baby got excited, kicking non stop smpi waktu balik kol 5(bulan puasa jer erk, normal kol 5.45 baru leh balik). Baby seronok pg school dgn mama kan? He2. Nnt bila dah besar , rajin2 ke sekolah ye sayang. Jadi anak yang baik.
Hari pertama yang sgt tenang dan indah...dalam kelas 4 Imam ni ramai gak, ada 33 orang. Harini berta'aruf dgn diorang since aktiviti pembelajaran dalam bulan puasa ni ditukar dengan tadarus Al-Qur'an.Satu hari baca 5 page.
Ok...smpi sini jer utk arini, xsabar nak pg school dgn babey esok!

Sincerely;

-: Lily :-

"MEMOIRS"

0






"Allah.....rahmati ikatan suci kami hingga penghujung kehidupan kami. Bimbinglah kami di atas siratmu. Kurniakan kami nur'ain pengikat kasih sayang kami yang luhur, buat penyejuk hati dan mata, menjadi pewaris dari benih kami. Kukuhlah kasih sayang kami sebagaimana Kau teguhkan kasih antara
Muhammad dan Siti Khadijah, Yusuf dan Zulaikha serta Adam dan Hawa.
Berikan kami kesabaran, ketabahan setra keimanan dalam melayari bahtera suci ini. Temukan kami di SyurgaMu."
Syukur kepada Tuhan dan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga yang menyokong dan membantu sebelum, sepanjang majlis, dan selepas majlis persandingan kami. Budi dan bantuan kalian kami hargai . Buat rakan-rakan yang sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami terima kasih diucapkan. Doakan kebahagiaan dan keberkatan sepanjang hidup kami.




Sincerely;

-: Lily :-