Twitter
RSS

Cahayamataku.

0
Cahayamataku Adni Liyana yang baru 12 hari dilahirkan sangat comel. Gembira yang tidak terucap bila melihat wajahnya, Saat aku berusaha untuk melahirkannya di atas katil, hanya kalimah Allah yang meniti bibirku, tumpuanku hanya satu. Supaya anakku selamat dilahirkan. Bermula jam 6 pagi, perutku mula memulas. Usai solat subuh, aku memaklumkan pada suamiku. Suamiku memujukku supaya bersabar dan menyebut kalimah Allah.

Jam 8 pagi, perutku semakin terasa sakit, lantas kami segera ke hospital. Tiba di hospital, doktor mengesahkan sudah ada bukaan sepanjang 4cm, doktor memberitahu aku perlu menunggu sehingga bukaan 10 cm untuk proses melahirkan. Jururawat di sebelahku berkata, hanya mungkin jam 3 atau 6 ptg barulah aku akan melahirkan. Aku terus berzikir sementara berbaring di dalam labour room. Suamiku menemani di sisi. Hanya kalimah Allah yang meniti bibirku. Aku terus2an meminum air zam2 bekalan ibu mertuaku, menambah kekuatanku untuk melahirkan.

Jam 11:30pagi, perutku semakin terasa memulas, aku memberitahu jururawat yang bertugas. Doktor dtg memastikan keadaanku dan bayi di dalam perut, telah ada bukaan sebyk 8cm . Aku sudah boleh melahirkan. Saat itu hanya Allah yang tahu betapa sakitnya rasa untuk melahirkan. Aku terus berusaha meneran dengan sepenuh kudratku dan tenagaku, kalimah Allah menjadi peganganku...dalam hati aku berdoa..."Ya Allah, kau bantulah aku melahirkan seorang lagi makhlukmu, hambamu ke muka bumi ini, kau selamatkanlah anakku". Jam 12:08 mnt tengahari, bai perempuanku selamat dilahirkan. Syukur yang tidak terhingga. Gembira tidak terhingga, hilang segala penat dan kesakitan tatkala menatap wajah bayiku.

Tatkala ditolak keluar dari labour ke wad bersalin, mataku hanya tertangkap pada tubuh suamiku yang sedang menunggu....dalam hatiku aku tahu bahawa suamiku sangat gembira dengan kelahiran cahaya mata kami. Suamiku mengucup dahiku.



Sincerely;

-: Lily :-