Twitter
RSS

Mukaddimah

Assalamualaikum

Selamat Datang ke blog saya. Nama saya Nor Liliyana, 23 tahun. Just call me "lily". Blog ini ditulis bagi mencari kembali semua kenalan lama dari sekolah rendah, menengah dan untuk mengenali kenalan baru selain untuk berkongsi minat dan hobi dengan anda. Diwaktu lapang minat saya adalah membuat "handycraft" seperti pot pouri, bekas tisu, kad kreatif dan sebagainya. Sesiapa yang mempunyai minat dan hobi yang sama , anda dialu-alukan untuk berkongsi pandangan dan pendapat.

Selain itu minat saya adalah pada makhluk Tuhan yang sangat kiut miut, iaitu "kucing". Saya telah mula memelihara kucing sejak kecil yang mana minat ini mula dipupuk oleh ibu saya pada kucing saya yang bernama "TUAH". Tuah telah mati pada usia 15 tahun ketika saya belajar di sekolah menengah. Kemudian saya terus memelihara anaknya yang bernama "PUTIH". Setelah berkahwin minat ini mula dikongsi bersama suami saya. Kini saya telah mempunyai 6 ekor kucing. Poteh, Steak, Echo, Tuah Junior, Stokin dan Kadot. Steak telah mati pada 10 Jun 2009 jam 10.00 pagi akibat kecederaan pada perutnya. Memelihara kucing menjadikan saya lebih bertanggungjawab pada makhluk ciptaan Tuhan di muka bumi ini. Memeliharanya juga membuatkan saya lebih gembira dan rumah kami semakin meriah.

Saya juga gemar pergi bercuti dan berjalan-jalan diwaktu lapang. Selain menikmati keindahan alam, saya juga dapat mengetahui sedikit sebanyak sejarah tempat yang saya lawati. Setakat ini negeri yang telah saya jelajahi seluruh Malaysia ialah Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor , Pahang, Seremban, Melaka , Putrajaya dan negeri kelahiran saya Perak. Mungkin tidak diketahui ramai sebenarnya terdapat begitu banyak tempat-tempat menarik di dalam negeri ini.

Contohnya :-
  • Sabah - Gunung Kinabalu, Pantai Teluk Karambunai, Labuan, Pasar Filipin, Ostrich Farm, Poring Hot Spring, Tamu(Pasar mingguan yang menjual aneka barang kraftangan) and more.
  • Sarawak - Gua Niah, Crocodile Farm, Muzium Petroleum-The Grand Old Lady, Chinese Garden and more.
  • Terengganu - Masjid Kristal Pulau Wan Man, Pasar Payang.
  • Kelantan - Pasar Siti Khadijah
  • Perlis - Jeti Kuala Perlis- Sunset View, Muzium Kota Kayang, Kedai Laksa Kaksu.
  • Pahang - Tanjung Lumpur, Kuantan- makan seafood.
  • Perak - Menara Condong, Air terjun Kuala Woh - Lata Iskandar-Lata Kinjang-Lata Kekabu, Kuala Gula - Bird Sanctuary, Kuala Sepetang, Lost World of Tambun.
  • Kuala Lumpur - KLCC, KL Tower, Masjid Wilayah, Zoo Negara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tema Air Sunway Lagoon, Wet World, Bukit Bintang, Sungei Wang, Low Yat Plaza, Isetan, Starhill Gallery, Berjaya Times Square KL and more.
Saya berharap agar dapat menjelajahi lebih banyak tempat menarik di negara kita juga tempat tempat menarik di luar negara untuk lebih mengenali dan mempelajari budaya masyarakat luar. Setakat ini tulisan saya buat kali ini. Selamat Membaca dan Salam Perkenalan buat anda semua.

Assalamualaikum.


Sincerely;

-: Lily :-

Comments (0)

Post a Comment

Selamat mengomen dan mengomel!