Twitter
RSS

DUIT DUIT DUIT

Salam...
ni aper citer lak tetiba cakap pasal duit ni erk? Nak share some story sikit pasal budaya orang melayu nih. Rata-rata kalau tengok, orang melayu kita ni payah sikit nak membuat tabungan kewangan atau simpanan tetap(fd-fix deposit) untuk masa depan. Rasa payah sangat agaknya nak simpan duit tiap2 bulan tanpa sebab-sebab yang nyata.

Yang peliknya...kita ni tak kisahpun kalau tiap-tiap bulan berhabis duit pergi shopping. Tiba jer 25 aribulan sesaklah bank, mesin atm, jalan raya, pusat membeli-belah dan yang sewaktu dengannya (Aku pun dulu ape kurangnyer, lebih kurang camtu ler jugak perangai). Bila dapat gaji, rasa cam dunia ini ana yang punya(konon byk sgt ler duit tuh). Padahal banyak lagi utang-piutang yang xberbayar, rumah, bil utiliti, tak termasuk kecemasan yang lain2, kete rosak tetiba ke, sakit ker...memang tak pikir. Nak makan sedap-sedap jer, kire kalau ujung bulan tu muke memang lekat la kat secret recipe ngan kenny rogers tu. Masuk tengah bulan..ape lagi , ter'garu2la kepala yg walaupun hakikatnya tak gatal pun.

Bila dah berkeluarga ni...baru la sedar value duit tu yang sebenarnya. Bukan arini jer nak guna duit, bukan esok lusa jer...lama lagi masa nak guna duit, untuk anak-anak, diri sendiri, mak ayah keluarga. Kita boleh rancang harini, esok...tapi boleh ke tentukan yang akan berlaku tu sama dengan perancangan kita yang merupakan rancangan jangka pendek tu?

Aku pun baru-baru ni jer dah blaja saving utk masa depan, maklumla expend utk 10 tahun akan datang bukan sama dgn arini. Rata2 budak- sekarang kalau pergi sekolah duit belanja RM5, RM10 tak sama macam kita dulu, cuba lak bayangkan untuk 10 tahun akan datang zaman anak-2 kita nak blaja, nak masuk U. Larat ke nak berhutang sana-sini? Tak daya rasanya.

Aku beli insurans dan takaful dengan etiqa takaful kumpulan maybank..ala bukannya banyak pun. Kalau korang boleh simpan minima RM100/bulan pun dah ok. Tolak la sikit duit shopping ngan makan sedap-sedap tu. Kalau slalu mkn sedap2 sebulan 4x, tukar jadi 2x. Kalau sebulan beli 4 pasang baju, kurangkan jadi 2 pasang. Kan ok? Menabung utk masa depan...payah sikit jer araini, berbanding payah di masa depan. Kan? kan? kan?

Apa yg aku cakap ni untuk semua orang, tak kira la bujang ke, yg baru kawen ke, yang dh berkahwin dan ada ank-anak ke...utk semua orang. Pendek kata, sape nak tolong diri kita klau bukan diri sendiri. Dan aku sekarang telah pun sah menjadi agen etiqa takaful yang berdaftar, niat utk bantu diri sendiri dan masyarakat terutama bangsa melayu sendiri. Jadi sesiapa yang berminat untuk membeli insurans dan takaful etiqa...silalah contact aku. LILY@0125848845 Utk keterangan lanjut sila tinggalkan no telefon yg boleh dihubungi, aku akan contact korang.

Salam dan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban. Semoga Ibadah kita diberkati Allah.
Continue posting here....





Sincerely;

-: Lily :-

Comments (0)

Post a Comment

Selamat mengomen dan mengomel!