Twitter
RSS

Hobi terbaru

Salam semua...
Nak update sikit untuk arini. Skrg ni aku dengan suami dah ada hobi yang terbaru selain dari pet kami. Jigsaw Puzzle, itula hobi terbaru kami. Berpunca dari anak buah yang mulut dia macam bertih jagung si adam tu. Beberapa hari yang lepas opah dia belikan dia set chicky meal yang ada puzzle tu. Slalunya adam makan happy meal, kali ni mintak chicky meal plak, pelik nih . Adam pun dok sibuk suruh mak lang ,pak lang dia dan juga pak sunya untuk menyiapkan jigsaw puzzle tuh. Kami pun siapkan la, buat sikit-sikit, lama2 siapla gambar tu.....adam sgt excited tgok gambar yang dah siap tu.

Pikir-pikir balik best juga susun puzzle ni, teringat zaman kecik-kecik dulu slalu buat. Jigsaw puzzle ni mencabar gak, sebab kita kena ingat semua imej yang ada untuk disusun supaya jadi gambar yang betul. Arini aku dgn suami telah pergi mencari puzzle lain untuk dibuat....hurm, pusing satu jusco kinta city tapi tak jumpa pun yang cantik dan sesuai. Banyaknya gambar anime an apa lg kartun tah. Lastly pergi ipoh parade baru jumpa satu gambar yang cantik. Gambar pemandangan. Sekarang ni dah pukul 12:51, suami tgh busy lagi susun puzzle...aku minta suami siapkan puzzle tu sempena hari lahir aku (thanks abang) . Ok la....sampai sini dulu, nak sambung susun puzzle ni. Salam.

nota kaki
mak lang ,pak lang = aku dan suami(panggilan dari anak buah keluarga suami)
opah = mak mertua




Sincerely;

-: Lily :-

Comments (0)

Post a Comment

Selamat mengomen dan mengomel!